Sunday, 1 December 2013

SELAMAT DATANG KE DAERAH PERAK TENGAH

Assalamualaikum.
Selamat datang ke blog peraktengah.blogspot.com. Kewujudan blog ini bertujuan memudahkan masyarakat untuk mengetahui mengenai Perak Tengah yang merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di dalam negeri Perak.

Blog ini juga dapat memudahkan masyarakat di dalam kawasan Perak Tengah untuk mengetahui maklumat terkini mengenai daerah ini seperti berita, aktiviti dan program masyarakat. Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui email perak4ever@gmail.com. Secara tidak langsung blog ini dapat menjadi platform yang sangat berguna untuk kita semua mendekatkan masyarakat dengan maklumat yang cepat dan tepat.

Semoga kehadiran blog ini mampu memberikan impak yang besar kepada semua masyarakat di daerah Perak Tengah.